skbr-kaunseling.zoom-a.com
Laman Peribadi
Bimbingan & Kaunseling

E-mel : skbr-kaunseling@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | VISI & MISI | SEKAPUR SIRIH GBSM | ORGANISASI UBK | FALSAFAH | MOTTO | PIAGAM PELANGGAN | PENDEKATAN KAUNSELING | TAKWIM BNK | GALERI FOTO | BUKU PELAWAT | PAUTAN |

PENDEKATAN PENCEGAHAN

         Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satunya masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya.  Misalnya kempen dan pendidikan pencegahan AIDS dan kem waja diri.

PENDEKATAN PERKEMBANGAN

         Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia.  Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.

PENDEKATAN PEMULIHAN

        Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis.  Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi.  Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu.

PENDEKATAN KRISIS

       Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa serta pihak pentadbir sekolah, Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yangs sedang  mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan. 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: